seismik

Isteri Naz Rahman Kesal, Ibu Diherdik Lepas Tegur Geng Remaja Lelaki Di Koc Wanita KTM

Biadap ya budak-budak tu.

Cover image via @sheahnee (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, isteri kepada pengacara Naz Rahman mendedahkan insiden malang yang terjadi kepada ibunya pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos lalu ketika menaiki KTM

Menerusi posting di Instagram milik Sheahnee Iman Lee, dia berkongsi kejadian di mana ibunya yang merupakan seorang warganegara Australia, menaiki KTM dan duduk di bahagian koc wanita dari Kuala Lumpur ke Klang.

Ketika dalam perjalanan, ibunya yang berusia 72 tahun bertindak menegur sekumpulan remaja lelaki yang selamba duduk di bahagian koc wanita tersebut.

Namun, apa yang membuatkannya kecewa adalah apabila mereka menjawab dengan kasar tanpa rasa hormat langsung kepada warga emas itu.

Malah, mereka dengan bangga berkata "Kami orang Malaysia! Ini negara saya!". Mereka juga mengajak lebih ramai 'geng' untuk masuk ke koc tersebut dan mendatangkan kerisauan kepada penumpang wanita lain.

Minta pihak KTM ambil tindakan dan pantau dengan lebih kerap di bahagian koc wanita

Susulan insiden berkenaan, isteri kepada pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu dihubungi oleh pihak KTM telah untuk mengambil laporan lanjut.

Dia dimaklumkan bahawa kesemua gerabak KTM mempunyai butang interkom untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

Sheahnee turut memberi cadangan supaya pihak KTM menjalankan pemeriksaan lebih kerap di dalam koc wanita agar tidak berlaku kejadian seperti itu lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: