seismik

[VIDEO] Tular Budak Terlepas Masa Raptai Penuh Hari Kebangsaan - "Jauh Betul Dia Lari"

Lawak tapi comel. Nasib baik baru nak start raptai dik.

Cover image via @wo.ain.ni (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang Hari Kebangsaan yang ke-67 esok, banyak video tular di media sosial terutamanya TikTok memaparkan persediaan dan raptai persembahan di Dataran Putrajaya

Antara persembahan yang mencuri perhatian netizen sudah tentunya daripada pasukan keselamatan negara iaitu 'abang bomba sado'.

Namun, tular pula sebuah video seorang kanak-kanak terlepas di tengah dataran ketika raptai penuh berlangsung baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu berkeliaran dan berlari di sekitar Dataran Putrajaya semasa raptai penuh sedang berlangsung.

Difahamkan, dia terlepas ketika nyanyian Negaraku berkumandang. Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila seorang anggota askar dilihat mengejar dan mendukungnya keluar dari dataran.

"Adik ni terlepas masa tengah nyanyi lagu Negaraku, semua tengah diri tegak. Jadinya lepas habis nyanyi baru kejar nak dapatkan dia, tu yang jauh ke depan dah dia," tulisnya.

Lihat video di bawah:

@wo.ain.ni

Anak siapa ni terlepas waktu raptai penuh perbarisan Hari Merdeka? Adik ni terlepas masa tengah nyanyi lagu negaraku, semua tengah diri tegak. Jadinya lepas habis nyanyi baru kejar nk dpt kn dia, tu yg jauh ke depan dah dia lari #raptaiharikebangsaan #harimerdeka #harikebangsaan #sambutanharimerdeka #putrajaya #tenteramalaysia #tudm #tenteradaratmalaysia

original sound - wo.ai.ni - wo.ai.ni

Tak pasal-pasal awak jadi tumpuan ramai dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: