seismik

Netizen Sebak Tonton Perkongsian Video Menteri Agama Lawat Rakyat Palestin Di Hospital

MashaAllah, seronoknya tengok diaorang dapat tempat rehat yang selesa dekat sini.

Cover image via Dato' Setia Dr. Naim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memberi sumbangan kepada rakyat Palestin yang cedera dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Menurut laporan Berita RTM, sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika melakukan kunjungan menziarahi mereka di hospital terbabit.

"Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syabas serta tahniah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan hospital berkenaan atas segala usaha memberikan rawatan terbaik kepada mangsa

"Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala.

"Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan," katanya.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @dsdrnaim juga telah mencecah sehingga 13.5M views dan membuatkan ramai rakyat Malaysia sebak

Lihat video di bawah:

@dsdrnaim

Saya telah melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ziarah ini telah diiringi oleh Lt. Jeneral Dato’ (Dr) Zulkefffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bersama Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah, Kor Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, Pegawai Memerintah, Hospital Angkatan Tentera. Saya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel. Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa. Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah

original sound - Dato' Setia Dr. Naim - Dato' Setia Dr. Naim

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: