seismik

Wak Doyok Dedah Jadi Mangsa Ditipu Business Partner Sendiri, Rugi Sampai 3 Juta!

Difahamkan, rakan perniagaannya itu merupakan pasangan suami isteri.

Cover image via Kosmo! & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon dan usahawan, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor mendakwa terpaksa menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikatnya

Menurut laporan Harian Metro, dia menyedari ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka.

"Hasil siasatan, saya dapati mereka terbabit dalam pemalsuan dokumen, salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

"Mereka juga sudah mengosongkan premis pejabat dan melarikan semua barangan dan peralatan milik syarikat tanpa pengetahuan saya.

"Saya hanya dapat tahu dia sudah mengosongkan premis dan seramai 20 kakitangan juga sudah berhenti dari syarikat, baru-baru ini," katanya.

Image via Harian Metro

Akui sedih dan kecewa sebab dah melabur kira-kira RM500,000 dengan wang simpanan untuk syarikat berkenaan

Menurut Wak Doyok lagi, dia terpaksa menjual tanah dan aset lain untuk melabur dalam perniagaan tersebut dan tidak menyangka ditipu rakan perniagaan sendiri.

"Saya sudah berusaha untuk berbincang secara baik untuk menyelesaikan kes ini tetapi pihak terbabit mendakwa dia ditipu dan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap saya pula.

"Saya juga sudah mengambil khidmat peguam dan berharap semoga kebenaran akan berpihak kepada saya," katanya.

Difahamkan, dia juga sudah membuat 10 laporan di Balai Polis Bukit Jelutong terhadap mereka sejak 2 Julai lalu.

Image via Kosmo!

Tetap bangkit semula untuk teruskan perniagaan seperti biasa

"Saya sudah menceburi perniagaan baru sekarang. Sebenarnya, saya terpanggil untuk berkongsi kes penipuan ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Semoga pendedahan ini akan sedikit sebanyak membantu rakan artis dan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk menjalankan perniagaan joint venture kerana ia banyak membabitkan kegiatan 'scammer' ketika ini," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: