Tular Video Wanita Terhantuk Tiang Semasa Kereta Api Bergerak Di Thailand, Ngeri!
Tak sayang nyawa ke kak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, ramai orang sanggup melakukan apa sahaja demi konten yang ingin dipapar kepada umum dalam media sosial
Ada yang sampai membahayakan nyawa sendiri sebab nak kejar views dan populariti semata-mata.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang menunjukkan seorang wanita berdiri di pintu kereta api yang sedang bergerak untuk merakam kontennya.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, kelihatan wanita berkenaan memegang rel pintu dan mengeluarkan sedikit badannya ke luar.
Namun, tindakan itu sebaliknya menyebabkan kepalanya terhantuk pada salah satu tiang yang berada di landasan kereta api.
Insiden tersebut membuatkan wanita berkenaan terduduk sebelum video rakaman itu tamat.
Susulan tular video tersebut, State Railway of Thailand (SRT) mengesahkan wanita itu selamat
Difahamkan, insiden itu berlaku pada 5 Ogos lalu. Wanita berkenaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor memaklumkan dia hanya mengalami lebam dan bengkak di kepala.
Pihak State Railway of Thailand (SRT) memaklumkan akan meningkatkan pemeriksaan keselamatan dan memberi amaran kepada mana-mana penumpang yang tidak mematuhi peraturan keselamatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!