Pasangan Pengantin Ambil Gambar Di Landasan Kereta Api KTMB Boleh Dikenakan Denda RM500
Pasangan pengantin itu tular baru-baru ini kerana hampir dilanggar kereta api di Guillemard Bridge.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari lalu, tular mengenai pasangan pengantin yang hampir dilanggar kereta api ketika sedang melakukan sesi fotografi di landasan Guillemard Bridge, Kelantan
Sebuah video di TikTok yang dikongsi oleh @yahobravo memaparkan pasangan pengantin berkenaan memilih aksi 'bahaya' dengan mengambil gambar di laluan kereta api tersebut.
Namun, tiba-tiba datang sebuah kereta api memberi isyarat kepada mereka agar segera beredar dari landasan itu.
KTMB keluarkan kenyataan rasmi, pasangan pengantin boleh dikenakan denda sebanyak RM500
Susulan tularnya video tersebut di pelbagai platform media sosial, pihak KTMB mengeluarkan satu kenyataan balas media.
"Adalah dimaklumkan perbuatan tersebut adalah dilarang dilakukan oleh mana-mana pihak dan individu kerana perbuatan tersebut adalah merbahaya serta telah menceroboh landasan kereta api.
"Berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, semua kawasan landasan merupakan kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat iaitu penalti sebanyak RM500 bagi setiap kesalahan.
"Pihak KTMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!