seismik

Cawangan Maybank Di Sabah Tiba-Tiba Jadi Viral Lepas Ramai Pelancong China Ambil OOTD

Tapi nampak style pula kan?

Cover image via 霸王花花 (Xiaohongshu) & 高源Kaiko (Xiaohongshu)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, sebuah cawangan Maybank di Kota Kinabalu, Sabah telah menjadi tempat bergambar yang sangat popular dalam kalangan pelancong China

Trend ini menjadi tular selepas gambar-gambar pelancong itu dimuat naik menerusi platform media sosial China, Xiaohongshu.

Hasil tinjauan, ia menunjukkan ramai pelancong muda dan bergaya bergambar di hadapan cawangan Maybank yang terletak di Jalan Gaya, dengan hashtag #KotaKinabalu dan #OOTD dalam posting mereka.

Walaupun ramai penduduk tempatan keliru dengan trend pelancong yang ingin bergambar di depan bank tersebut, namun ia jelas menunjukkan bahawa mereka hanya suka menerokai bandar di Sabah

Kebanyakan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada tempat tumpuan pelancong semasa mereka menerokai Jalan Gaya, kawasan mesra pejalan kaki yang popular di Kota Kinabalu.

Rata-rata pelancong China gemar berjalan kaki di bandar Kota Kinabalu kerana banyak papan tanda besar dan bangunan berwarna-warni di kawasan itu, yang menjadikan ia tempat bagus untuk fotografi jalanan.

Menurut laporan New Straits Times, cawangan Maybank tersebut telah berhenti beroperasi membuatkan latar belakangnya yang ideal untuk foto yang cantik.

Image via Xiaohongshu

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata beliau turut gembira melihat trend berkenaan

"Walaupun saya kurang faham melihat kampung halaman kita yang semakin popular di kalangan pelancong, ia menggambarkan Kota Kinabalu berjaya menjadi pusat pelancongan. Selamat datang ke KK, semua!," tulisnya di Facebook.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: