seismik

DBKL Tawar Diskaun Saman Sempena Bulan Merdeka & Hari Malaysia Sehingga 30 September Ini

Diskaun itu ditawarkan untuk kesalahan trafik dan kesalahan am.

Cover image via Ask Legal

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tak lama lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan diskaun istimewa ke atas denda tertunggak bagi kesalahan trafik dan am

Kadar khas untuk kesalahan lalu lintas ialah tertakluk untuk pelbagai jenis kenderaan. Kadar diskaun yang ditetapkan ialah RM10 untuk motosikal, RM20 untuk kereta, MPV dan lori bersaiz kecil. Manakala, RM50 untuk bas dan lori bersaiz besar.

Walau bagaimanapun, diskaun ini tidak tertakluk kepada kenderaan yang telah disenaraihitamkan. Bagi kesalahan am seperti lesen menjaja yang tidak melibatkan warga asing akan dikenakan denda sebanyak RM100.

Difahamkan, diskaun istimewa ini bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2024

Image via NSTP

DBKL turut menyenaraikan beberapa jenis kesalahan yang tidak layak mendapat diskaun istimewa.

Notis pelanggaran lalu lintas di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang berkaitan dengan kesalahan lorong bas tidak layak menerima kadar diskaun.

Selain itu, kesalahan di bawah Akta berikut juga tidak layak mendapat diskaun istimewa:

Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997
- Undang-Undang Kecil Pasar Borong (WPKL) 2002
- Akta Hotel (WPKL) 2003
- Akta Hiburan (WPKL) 1992
- Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
- Kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974
- Menggajikan mana-mana warganegara asing tanpa permit kerja yang sah di bawah Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur) 2016
- Menggajikan mana-mana warganegara asing di bawah Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan Lesen Penjaja (WPKL) 2016

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: