seismik

Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Pegawai Perubatan, Siap Tawar Diri Jalankan Pembedahan

Difahamkan, remaja itu kini sudah ditahan polis.

Cover image via Unit Hal Ehwal Islam Hospital Sultan Idris Shah , Serdang (Facebook) , Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis selepas didakwa menyamar sebagai pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang)

Menurut laporan Berita Harian, dia ditahan selepas pihak hospital membuat laporan mengenai seorang remaja perempuan yang mengaku dirinya sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan pada 7 Ogos.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof, berkata pihak hospital kemudiannya telah mengesan kehadiran suspek semalam, 8 Ogos sebelum memaklumkan segera kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof

Image via Berita Harian

"Individu sama telah cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu dan dikesan oleh pihak hospital yang segera memaklumkan kepada polis sebelum tangkapan dilakukan.

"Suspek telah ditangkap di lobi hospital dan pihak polis merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan," katanya.

Menurutnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam

"Jika disabit dengan kesalahan menceroboh suspek boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan jika disabit kesalahan menyamar penjawat awam, suspek boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya lagi.

Image via Kosmo!

Terkini, remaja terbabit telah direman selama dua hari sehingga esok, 10 Ogos 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: