seismik

Syarikat Beri Anugerah Kepada Staf Yang Suka Ambil Cuti Sakit - "Lawak Menusuk Kalbu"

"Tak faham juga tak tahulah" - Netizen.

Cover image via @_ala919_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap syarikat sudah tentu menyediakan cuti sakit kepada pekerja untuk digunakan pada waktu tertentu

Lumrah sebagai manusia, ada masanya kita sakit dan memerlukan cuti untuk merehatkan tubuh badan.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video di laman TikTok memaparkan sebuah syarikat memberikan anugerah buat pekerja yang sering mengambil cuti sakit telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ala919, kelihatan majikan syarikat itu memberikan anugerah kepada para pekerja yang mempunyai jumlah cuti sakit paling banyak dalam tempoh setahun.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila jumlah cuti sakit di tempat ketiga adalah sebanyak 120 hari, tempat kedua pula 230 hari, manakala tempat pertama berjumlah 365 hari iaitu genap setahun.

Lebih melucukan lagi, kesemua pemenang mendapat sorakan daripada pekerja yang lain. Malah, kelihatan wajah bos juga gembira semasa menyerahkan hadiah tersebut. Walau bagaimanapun, difahamkan video berkenaan hanyalah konten sahaja.

Jangan ada yang jadi pembaris ingat betul-betul ada anugerah macam ini pula ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: