seismik

Ugut Konon Ada Gambar Tak Senonoh Tersebar, Ini Taktik Baru Scammer Kena Anda Elak

Apa-apa pun jangan klik link yang mencurigakan okay.

Cover image via Utusan & @zuhairaathira_ (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang gadis memuat naik tangkap layar mesej di TikToknya yang mencurigakan

Menerusi tangkap layar tersebut, kelihatan seorang wanita bernama @rossalinda memberitahu kepada gadis itu bahawa gambar tak senonohnya tersebar dalam satu group.

Malah dia turut mengatakan konon ingin cuba memadam gambar berkenaan tetapi tidak boleh.

"Makcik mana ni? Tiba2 dm benda ni. Boleh percaya ke," tulisnya di laman X.

Rupa-rupanya, itu salah satu taktik baru scammer untuk jerat mangsa

Susulan tularnya ciapan gadis tersebut, seorang pengguna X iaitu @JaIaIMisai mendedahkan bahawa itu merupakan taktik terbaru scammer untuk mencuri duit mangsa.

"Taktik baru scammer. Nanti kita tanya gorup mana, dia akan bagi link. Bila kita klik link tu, comfirm ranap," katanya.

Difahamkan, sebelum ini ramai scammer menggunakan aplikasi Telegram dengan menghantar mesej-mesej seperti itu.

Namun, baru-baru ini platform TikTok pula menjadi sasaran mereka.

Lihat ciapan itu di bawah:

Ingat guys, boleh jadi yang hantar mesej tu kenalan kita. Tapi jangan sesekali percaya okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: