Elak Sesak & Susah Parkir, Ini Panduan Naik ‘Public Transport’ Ke Konsert MCR Nanti
Rapid KL turut mengingatkan pengunjung konsert supaya memastikan baki dalam kad Touch 'n Go mencukupi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dah tak sabar nak ke konsert My Chemical Romance di Stadium Nasional Bukit Jalil? Berikut adalah panduan untuk ke sana dengan menggunakan pengangkutan awam
Rapid KL telah mengeluarkan panduan perjalanan bagi pengunjung yang akan menghadiri konsert MCR di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis dan Jumaat, 19 dan 20 November ini.

Bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar lokasi konsert, Rapid KL menggalakkan para pengunjung untuk menggunakan pengangkutan awam
Rapid KL mencadangkan dua cara untuk pengunjung sampai ke lokasi konsert:
– Menaiki LRT Laluan Sri Petaling dan turun di Stesen Bukit Jalil.
– Meletakkan kenderaan di stesen 'Park N' Ride' di sepanjang LRT Laluan Ampang/Sri Petaling atau MRT Laluan Putrajaya, kemudian meneruskan perjalanan dengan tren ke Stesen Bukit Jalil.
Dari Stesen Bukit Jalil, perjalanan ke Stadium Nasional TM mengambil masa kira-kira lima hingga 10 minit dengan berjalan kaki.

Rapid KL turut menggalakkan pengunjung konsert untuk merancang perjalanan pulang lebih awal
Bagi kedua-dua malam tersebut, Rapid KL memaklumkan bahawa Stesen Bukit Jalil akan ditutup pada pukul 12.30 tengah malam.
Walau bagaimanapun, waktu terakhir untuk menaiki tren adalah berbeza-beza bergantung pada laluan tren dan destinasi.
Berikut adalah waktu anda perlu menaiki tren:
– Laluan LRT Sri Petaling: Naik sebelum pukul 12.30 tengah malam bagi tren ke arah Putra Heights dan Sentul Timur.
– Laluan LRT Ampang: Naik sebelum pukul 12.00 tengah malam bagi tren ke arah Ampang.
– Laluan MRT Putrajaya: Naik sebelum pukul 12.00 tengah malam bagi tren ke arah Putrajaya Sentral dan Kwasa Damansara.
– Laluan LRT Kelana Jaya: Naik sebelum pukul 11.30 malam bagi tren ke arah Gombak dan Putra Heights.
– Monorel: Naik sebelum pukul 11.30 malam bagi tren ke arah Titiwangsa dan KL Sentral.
– Laluan MRT Kajang: Naik sebelum pukul 11.30 malam bagi tren ke arah Kajang dan Kwasa Damansara.


Rapid KL turut mengingatkan pengunjung konsert supaya bertenang semasa menaiki tren, beratur dengan tertib serta memastikan baki dalam kad Touch 'n Go mencukupi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via