Bukan Sekadar Menyimpan, Ada Peluang Menang Percutian Ke Da Nang Untuk 4 Orang!
Menerusi kempen Maybank Privilege dari 8 Oktober hingga 31 Disember 2026, anda berpeluang memenangi pakej percutian ke Da Nang, Vietnam bernilai RM15,000 untuk empat orang, termasuk ganjaran menarik lain bernilai RM150,000.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Maybank.
Bila dah mula bekerja, pengurusan duit pun kena lebih bijak
Bila dah mula bekerja, ada rumah sendiri atau merancang masa depan keluarga, kita biasanya mula fikir macam mana nak urus duit dengan lebih bijak.
Bukan sekadar menyimpan, tetapi juga mencari peluang untuk mengembangkan simpanan dan merancang kewangan jangka panjang.
Tapi kalau usaha menyimpan tu datang sekali dengan peluang memenangi percutian ke Da Nang, Vietnam untuk empat orang, mestilah lebih menarik, kan?
Menerusi kempen hujung tahun Maybank Privilege, anda berpeluang memenangi pakej percutian bernilai RM15,000 untuk empat orang.
Bukan itu sahaja, terdapat juga 1,500 ganjaran lain dengan jumlah nilai RM150,000 untuk direbut, termasuk Xiaomi Compact Hair Dryer dan handheld garment steamer.
Macam mana nak sertai kempen ni? Ikut je syarat mereka
Untuk menyertai kempen Maybank Privilege, anda perlu membuat penempatan minimum RM18,000 dalam akaun yang layak, termasuk Global Access Account-i, Premier 1 Account, Premier Mudharabah Account-i atau M2u Savers/-i Account.
Anda juga perlu menambah sekurang-kurangnya RM18,000 ke dalam akaun yang layak dan mengekalkan jumlah tersebut sehingga 31 Disember 2026.
Nak tambah peluang untuk menang? Dapatkan entri cabutan tambahan dengan mengambil produk insurans atau takaful, pelaburan serta pinjaman atau seperti pembiayaan kereta atau reka bentuk dalaman rumah dan banyak lagi!
Namun, pastikan produk yang dipilih sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda. Hadiah utama ditawarkan melalui cabutan bertuah, jadi penyertaan tidak menjamin kemenangan.
Bukan sekadar menang hadiah, Maybank Privilege juga tawar manfaat perbankan eksklusif
Selain kempen ganjaran, Maybank Privilege turut menawarkan pengalaman perbankan yang direka untuk individu yang mahu mengurus kewangan dan aset dengan lebih terancang.
Dengan Maybank Privilege, anda boleh menikmati kemudahan seperti khidmat Personal Advisor untuk membantu urusan kewangan, layanan keutamaan di cawangan, jemputan ke acara eksklusif serta keistimewaan sempena hari lahir.
Pelanggan juga berpeluang menikmati kadar faedah atau keuntungan sehingga 5.5% setahun menerusi M2u Savers/-i Account, tertakluk pada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Bagi individu yang sudah mula membina aset, merancang pelaburan atau memikirkan masa depan keluarga, kemudahan seperti ini boleh menjadi nilai tambah dalam perjalanan kewangan mereka.
Dah bersedia untuk merancang kewangan dengan lebih baik?
Secara umum, kelayakan Maybank Privilege melibatkan aset boleh dilabur, iaitu deposit dan pelaburan, antara RM50,000 hingga RM250,000, atau jumlah aset kewangan antara RM250,000 hingga RM1 juta, tertakluk pada kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Kalau anda berminat, boleh kunjungi cawangan Maybank berdekatan untuk mendapatkan bantuan Personal Advisor Maybank Privilege atau isi borang minat secara dalam talian.
Jadi, kalau selama ini anda hanya fokus untuk menyimpan, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat bagaimana simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan boleh bergerak seiring dengan matlamat hidup.
Mana tahu, selain membina kewangan yang lebih kukuh, anda juga berpeluang menikmati percutian bersama keluarga atau kawan-kawan!
Nak tahu lebih lanjut? Layari maybank.my/privilege untuk maklumat lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

