Penyanyi Afrika Selatan Pukau Ramai Orang, Fasih & Merdu Nyanyi Lagu Dayang Nurfaizah

Sedapnya suara dia!

Cover ImageCover image via @moeismusic (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persembahan penyanyi dari Afrika Selatan, Motswedi Modiba, mencuri perhatian ramai apabila berjaya menyampaikan lagu popular Malaysia, Lelaki Teragung dengan penuh penghayatan

Menerusi pertandingan nyanyian antarabangsa, Silk Way Star, penyanyi yang lebih dikenali sebagai Moe, 29, itu membawakan lagu asal nyanyian Dayang Nurfaizah sehingga memukau barisan juri dan penonton.

Walaupun bukan penutur bahasa Melayu, Moe berjaya menyampaikan setiap bait lirik dengan sebutan yang jelas serta penghayatan mendalam.

Keistimewaan persembahan itu turut mendapat pujian rakyat Malaysia, malah Dayang sendiri dilihat meninggalkan komen memuji nyanyian Moe menerusi video yang dimuat naik di Instagram rasminya

Menerusi perkongsian di Instagram, Moe menyifatkan peluang membawakan lagu berkenaan sebagai satu penghormatan besar, terutama apabila diberi cabaran menyanyikan karya dalam bahasa asing.

Menurutnya, dia berasa teruja apabila dimaklumkan mengenai tugasan tersebut dan mula meneliti beberapa pilihan lagu bersama penyanyi Malaysia, Amsyar Lee.

Walau bagaimanapun, Moe mengakui hatinya terus tertarik dengan Lelaki Teragung sebaik sahaja mendengar lagu itu buat kali pertama.

"Saya dan Amir (Amsyar Lee) meneliti beberapa buah lagu, tetapi sebaik sahaja saya mendengar lagu ini, dalam masa 30 saat pertama lagi saya sudah tahu bahawa inilah lagu yang saya mahu bawakan.

"Kami hanya mempunyai masa dua minggu untuk mempelajarinya, dan sepanjang proses itu merupakan satu pengalaman yang sangat istimewa.

"Saya mengambil masa untuk menghayati setiap lirik, memahami maksudnya, mengingati setiap bait dan benar-benar mendalami lagu ini. Pengalaman itu menjadikan persembahan ini lebih bermakna buat saya,"
katanya.

Tambah Moe, pengalaman mempelajari dan menyampaikan lagu berbahasa Melayu itu menjadi antara detik istimewa sepanjang penyertaannya dalam pertandingan berkenaan.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS