Kerajaan Kelantan Tegaskan Larangan Kahwin Bawah Umur Tidak Sesuai Dengan Isu Sosial

Difahamkan, perkara itu tidak sesuai setelah mengambil kira masalah sosial di negeri tersebut.

Cover ImageCover image via Ikhlas & Borakdaily

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Desakan larangan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah berkahwin dilihat tidak sesuai di Kelantan

Perkara ini dianggap tidak sesuai setelah mengambil kira masalah sosial di negeri tersebut.

Dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud mengatakan keputusan itu adalah selari dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 yang dikekalkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2025.

"Keputusan tersebut mengambil kira masalah kebejatan sosial pada hari ini serta wujudnya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang.

"Pihak kerajaan negeri juga menggariskan Piawaian Operasi Standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur,"
katanya.

SAYS.com

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud

Image via Utusan Malaysia

Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani perkara ini

Beliau menjelaskan lagi kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai oleh pemegang taruh dalam isu berkaitan untuk mencapai penyelesaian komprehensif berteraskan hukum syarak dan kepentingan umum

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan juga sentiasa menambah baik arahan berdasarkan keperluan semasa, kajian dan pandangan profesional.

"Semua pihak, khususnya keluarga, masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa memperkukuhkan kerjasama.

"Langkah berkenaan dititik beratkan bagi memastikan matlamat kemaslahatan yang hendak dicapai dalam perkahwinan bawah umur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya,"
ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS