Robert Pattinson Sah Jadi James Bond Baharu Ganti Daniel Craig – “Dari Batman Ke Ejen 007”
Wow tak sabar nak tengok Robert Pattinson jadi James Bond!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon terkenal Hollywood, Robert Pattinson yang pernah membintangi filem Twilight dan The Batman bakal membawa watak ejen perisikan British, James Bond atau 007 dalam filem terbaharu terbitan Amazon MGM Studios
Menurut laporan AP News, selepas bertahun-tahun menjadi perdebatan dan spekulasi, Robert Pattinson akhirnya diumumkan sebagai pelakon baharu yang bakal membawa watak James Bond pada Isnin lalu.
Pelantikan itu menjadikan Pattinson pelakon ketujuh yang menggalas watak ejen perisikan British ikonik berkenaan, selain menjadi pelakon pertama yang dipilih sejak Amazon MGM mengambil alih francais filem popular itu.

Pengumuman tersebut dibuat ketika francais 007 melalui tempoh tanpa filem paling lama dalam sejarahnya, sekali gus menamatkan spekulasi selama beberapa tahun mengenai siapakah yang bakal menggantikan Daniel Craig.
Ia juga hadir lima tahun selepas filem No Time to Die ditayangkan pada 2021, yang mencipta sejarah apabila menjadi filem pertama dalam tempoh 64 tahun francais James Bond apabila watak utamanya menemui ajal pada penghujung cerita.
Walau bagaimanapun, ejen 007 bakal kembali dengan kemunculan filem James Bond ke-26 yang akan diarahkan oleh Denis Villeneuve
Amazon MGM Studios mengumumkan pemilihan Pattinson menerusi media sosial dengan berkongsi klip pendek yang memaparkan pelakon itu muncul dari kawasan gelap sambil memegang sepucuk pistol.
Dalam satu kenyataan, Pattinson menyifatkan peluang membawa watak James Bond sebagai penghormatan terbesar dalam hidupnya.

"James Bond merupakan antara watak paling legenda dalam dunia perfileman dan diberi kepercayaan untuk membawa watak 007 adalah penghormatan sepanjang hayat saya.
"Untuk mengatakan bahawa watak ini adalah impian yang menjadi kenyataan sebenarnya tidak cukup menggambarkan perasaan saya. Saya sangat teruja dengan kerjasama ini serta projek yang bakal dilaksanakan bersama pasukan hebat ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via