Pakar Dedah Kes Isteri Curang Makin Meningkat Di Malaysia, Bukan Lagi Jadi Punca Suami

Difahamkan, kebanyakannya bermula dengan sekadar meluahkan masalah rumah tangga kepada rakan sepejabat.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua dekat lalu, golongan isteri paling ramai tampil membuat aduan mengenai kecurangan suami

Tetapi kini situasi telah berubah apabila golongan suami pula yang datang menangis meminta bantuan selepas mengetahui pasangan mereka mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat.

Dilaporkan oleh Harian Metro, pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh landskap kecurangan domestik menjadi sesuatu yang membimbangkan.

Trend ini dapat dilihat terutamanya di tempat kerja dan kini berubah sejak 20 tahun lalu.

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via Google Gemini

"Jika dahulu majoriti kes kaunseling difailkan oleh golongan isteri akibat suami mempunyai skandal, kini terbalik apabila golongan suami pula meminta bantuan.

"Bagaimanapun, demi masa depan anak-anak, ada suami yang masih memilih untuk bersabar dan cuba mempertahankan rumah tangga,"
katanya.

Hushim sendiri telah mengendalikan lebih 50 hingga 60 kes hubungan sulit melibatkan rakan sepejabat setiap tahun. Angka ini sejajar dengan statistik perceraian negara yang semakin menakutkan.

Tahun 2025, rekod mencatatkan 50,000 kes cerai manakala tahun ini setakat September mencecah 50,000 kes dan dijangka akan meningkat ke 70,000 kes menjelang Disember ini.

SAYS.com
Image via Wolipop

Semuanya bermula dengan sekadar meluahkan masalah rumah tangga kepada rakan sepejabat

Menurut Hushim, kebanyakannya bermula apabila ia sekadar meluahkan masalah rumah tangga kepada rakan sepejabat sebelum hubungan itu berkembang menjadi tempat bergantung secara emosi. Perkara ini juga boleh hanyut ke lembah maksiat dan akhirnya berakhir dengan tangkapan khalwat.

Beliau menambah, jerat emosi itu biasanya berlaku apabila pasangan berdepan pergolakan rumah tangga, terutamanya melibatkan isu kewangan, komunikasi dan kecurangan. Masalah-masalah ini menjadikan seseorang itu mencari pihak ketiga untuk mendengar luahan.

SAYS.com
Image via The Asian Parent

"Keadaan menjadi lebih parah apabila komunikasi dengan pasangan sebenar di rumah semakin renggang, sekali gus mencetuskan rasa sunyi dan dahagakan perhatian yang tidak lagi diperoleh daripada pasangan sendiri.

"Bila sudah bekerja bersama, lama-lama wujud kepercayaan antara rakan sepejabat. Dia mula berkongsi masalah rumah tangga, sama ada masalah dengan suami atau isteri.

"Hubungan pada awalnya hanya berkisar kepada perbualan, bertukar menjadi semakin rapat apabila individu terbabit mula menerima perhatian yang sudah lama tidak diperoleh di rumah,"
katanya.

SAYS.com
Image via Pa & Ma

Pada awalnya tiada sentuhan fizikal dan hanya bermula dengan padangan mata dan perhatian kecil, seperti menghulurkan tisu ketika dia menangis.

"Namun lama-kelamaan, hubungan itu menjadi semakin intim," katanya.

Masalah ini selalu terjadi apabila kebanyakan pasangan yang bermasalah dikesan sudah berbulan-bulan tidak bersama, malah ada yang tidur di bilik berasingan serta kerap bertengkar apabila berada di rumah.

Ledakan media sosial dan aplikasi temu janji juga menjadi faktor.

"Sekarang semua di hujung jari melalui media sosial dan aplikasi temu janji. Tengok gambar sahaja pun sudah boleh berkenalan dan memikat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS