Profesor Sanggup Tunda Peperiksaan & Tak Bagi ‘Assignment’ Sempena Minggu Pelancaran GTA 6
Sempoi betul dapat lecturer macam ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang profesor universiti di Sepanyol tular di media sosial selepas beliau mengosongkan jadual akademik pelajarnya serta menangguhkan satu peperiksaan penting, semata-mata supaya mereka dapat 'masa' sempena pelancaran permainan video Grand Theft Auto VI (GTA VI)
Tindakan tersebut hadir ketika orang ramai mula teruja menjelang tarikh pelancaran oleh Rockstar Games pada 19 November, satu penantian selama 13 tahun sejak kemunculan pertama GTA V pada tahun 2013.
Seorang ahli ekonomi menganggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Amerika mungkin mengambil cuti sakit pada hari pelancaran tersebut, sementara pelbagai jenama pengguna terkemuka turut menyertai kehangatan fenomena ini.
Namun, bagi keadaan di sebuah kelas di sebuah universiti di Sepanyol, tiada sebarang alasan yang diperlukan.
Dalam satu emel yang ditulis dalam bahasa Sepanyol dan dikongsi secara meluas di X pada 16 November, seorang pensyarah memaklumkan kepada para pelajar bahawa kelasnya tidak akan mempunyai kerja rumah dan projek sepanjang minggu pelancaran GTA VI.
Pensyarah itu juga menangguhkan peperiksaan yang dijadualkan pada 23 November ke 30 November, sekali gus memberi masa kepada para pelajar untuk menyusun jadual mereka serta menikmati masa lapang tambahan.
En españa, un profesor le suspendio todas las tareas y evaluaciones a los alumnos para que puedan disfrutar el GTA 6 Tiene mas ganas de jugar el que todos los pibes jsjs https://t.co/YgvACvursu
— ElBuni (@therealbuni) November 16, 2026
Sambil mengimbau kembali zaman mudanya, pensyarah itu menyatakan bahawa usianya sebaya dengan usia para pelajarnya ketika GTA V dilancarkan pada tahun 2013
Beliau teringat betapa bersemangat dirinya bergegas pulang ke rumah untuk bermain permainan tersebut, dan bagaimana permainan itu menjadi topik perbualan utama dalam kalangan rakan-rakannya.
Pemberian kelonggaran akademik ini disertakan dengan satu syarat yang jelas. Profesor itu memohon maaf kerana memberikan beban kerja yang luar biasa berat pada minggu sebelumnya. Beliau menjelaskan bahawa beliau sengaja mempercepatkan silibus supaya kelas kekal mengikut jadual sebelum bermulanya cuti tersebut.
Beliau memberi amaran kepada para pelajar bahawa tuntutan akademik yang ketat akan kembali seperti biasa sebaik sahaja minggu pelancaran berakhir.
Beliau turut menasihati para pelajar agar bermain secara bertanggungjawab, serta mengingatkan mereka bahawa penarafan umur matang bagi GTA VI menandakan adanya tema-tema eksplisit, termasuk penggunaan bahan terlarang, kandungan seksual dan keganasan yang dipaparkan secara terang-terangan.
Mengakhiri pesannya, pensyarah itu menulis bahawa beliau pernah menikmati detik penting dalam generasinya melalui GTA V dan beliau berasa benar-benar teruja melihat para pelajarnya mengalami detik yang serupa melalui GTA VI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via