seismik

Dr Say Tangkap Maid Bawa Masuk 2 Lelaki Dalam Rumah, Siap Buat 'Projek' Sambil Jaga Anak!

Berani betul ya, siap tutup CCTV!

Cover image via @say_shazril (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, doktor dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang melibatkan orang gajinya membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah

Menerusi video panjang yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dr Say menceritakan bagaimana dua lelaki itu kantoi berada di atas katil sambil menyorok dalam selimut di bilik orang gajinya itu.

Sebelum menyerbu bilik mereka, Dr Say sempat menghubungi polis kerana bimbang akan keselamatan bayinya yang berada dalam bilik sama.

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

"Bila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker ditengah-tengah antara dua katil maid saya dan nampak dua kelibat lelaki sorok dalam selimut atas katil.

"Polis suruh saya ambil baby dan polis 'ajar' dua lelaki tersebut. Memandangkan mereka masuk atas jemputan maid dan bukan pecah masuk, tak boleh nak tangkap dua lelaki itu.

"Polis bagi saya settle sendiri dengan maid dan memang saya maki maid saya, saya kecewa gila dengan mereka.

"Saya layan mereka seperti manusia tapi layanan binatang diaorang bagi dekat anak-anak saya. Dedahkan anak-anak saya dengan orang tak dikenali.

"What if anak saya menangis masa mereka tengah buat 'projek' tu? Mahu dicederakan atau dibunuh anak saya tu,"
luahnya.

Menurut Dr Say lagi, tindakan telah diambil dan kedua-dua pembantu rumahnya dipulangkan kembali kepada agensi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: