Ini 8 Talian Penting Warga Emas & Keluarga Perlu Simpan – “Sediakan Payung Sebelum Hujan”

Kongsikan dengan ahli keluarga anda.

Cover ImageCover image via Berita RTM & Google Gemini

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila memerlukan bantuan, perkara terakhir yang kita mahu lakukan adalah menyelongkar mesej WhatsApp lama semata-mata untuk mencari nombor telefon

Sama ada untuk kegunaan sendiri atau membantu ibu bapa menyusun senarai kenalan mereka, berikut merupakan lapan talian bantuan di Malaysia yang wajar disimpan dalam telefon.

Berikut merupakan lapan talian bantuan di Malaysia yang boleh dihubungi sekiranya warga emas berdepan kecemasan, masalah kesihatan, penipuan kewangan atau memerlukan sokongan emosi.

Nota: Perkhidmatan ini bukan khusus untuk warga emas sahaja, namun ia merangkumi pelbagai isu dan keperluan yang mungkin dihadapi golongan tersebut serta ahli keluarga mereka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita RTM

1. Talian Kecemasan – 999

Nombor: 999
Waktu operasi: 24 jam setiap hari


Talian kecemasan 999 boleh dihubungi sekiranya berlaku situasi yang memerlukan bantuan ambulans, bomba atau pihak polis.

Panggilan ini adalah percuma dan orang ramai disarankan menyimpan nombor tersebut dalam telefon bagi memudahkan urusan ketika kecemasan.

2. Talian Kasih – 15999

Nombor: 15999
WhatsApp: 019-261 5999
Waktu operasi: 24 jam setiap hari

Talian Kasih menyediakan bantuan kebajikan kepada individu yang memerlukan, termasuk warga emas yang berdepan pengabaian atau penderaan.

Perkhidmatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ini turut mengendalikan aduan, khidmat kaunseling serta bantuan perlindungan.

3. National Scam Response Centre (NSRC) – 997

Nombor: 997
Waktu operasi: 24 jam setiap hari

Sekiranya menjadi mangsa penipuan kewangan, orang ramai disarankan menghubungi NSRC dengan segera, sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Pusat ini menyelaraskan tindakan pantas bagi menangani kes penipuan seperti panggilan menyamar, pelaburan palsu dan penipuan pembelian dalam talian.

Mangsa juga perlu menghubungi pihak bank masing-masing dan membuat laporan polis secepat mungkin.

4. Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan – 1800-88-6722

Nombor: 1800-88-6722
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang

Talian ini disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan ubat-ubatan.

Ia amat berguna kepada warga emas yang mengambil ubat secara berkala dan ingin mendapatkan penjelasan mengenai cara pengambilan atau penggunaan ubat yang diberikan.

5. Pusat Racun Negara – 04-6536 999

Nombor: 04-6536 999
Waktu operasi:

  • Isnin hingga Jumaat: 8 pagi hingga 10 malam
  • Hujung minggu dan cuti umum: 8 pagi hingga 5 petang

Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan khidmat nasihat sekiranya seseorang disyaki mengalami keracunan atau terlebih mengambil dos ubat.

Pemanggil perlu memberikan maklumat seperti umur individu terlibat, jenis bahan yang diambil, anggaran kuantiti, masa kejadian serta gejala yang dialami.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kecemasan yang mengancam nyawa, hubungi 999 dengan segera.

6. Alzheimer's Disease Foundation Malaysia (ADFM) – 03-7931 5850

Nombor: 03-7931 5850
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang

ADFM menyediakan maklumat, sokongan dan rujukan kepada keluarga yang menjaga individu menghidap demensia.

Selain talian bantuan, pertubuhan ini turut menawarkan latihan penjagaan kepada penjaga serta kumpulan sokongan bagi membantu keluarga menguruskan keperluan pesakit dalam kehidupan seharian.

7. Talian HEAL – 15555

Nombor: 15555
Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari

Talian HEAL menyediakan sokongan emosi dan psikososial, kaunseling melalui telefon serta intervensi awal bagi individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Antara isu yang boleh mendapatkan sokongan menerusi talian ini termasuk tekanan, keresahan, kemurungan dan serangan panik.

Perkhidmatan ini bukan sahaja untuk warga emas, malah ahli keluarga yang berasa terbeban ketika menguruskan penjagaan orang tersayang juga boleh mendapatkan bantuan.

8. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) – 03-2616 7766

Nombor: 03-2616 7766

AKPK menyediakan perkhidmatan percuma kepada individu yang menghadapi masalah menguruskan kewangan, termasuk kesukaran membayar pinjaman atau hutang kad kredit.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang.

Talian ini boleh menjadi rujukan kepada warga emas atau ahli keluarga yang memerlukan panduan untuk menguruskan komitmen kewangan.

Simpan nombor penting dan pastikan mudah dicari

SAYS.com

Gambar janaan AI.

Image via Google Gemini

Pada masa sama, orang ramai disarankan menyimpan nombor-nombor tersebut menggunakan nama yang mudah dikenal pasti seperti 'Bantuan Scam – 997' atau 'Pertanyaan Ubat – Farmasi'.

Bagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa atau datuk nenek berusia, luangkan sedikit masa untuk menyimpan nombor berkenaan dalam telefon mereka.

Salinan senarai nombor ini juga boleh dicetak dan diletakkan berdekatan telefon rumah supaya mudah dirujuk apabila diperlukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS