Pendaki Mudah Tunaikan Solat, Penanda Arah Kiblat Kini Dipasang Di Laluan Gunung Kinabalu
Beberapa hentian rehat kini mempunyai penanda arah yang disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah.
Cover image via Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penanda arah kiblat yang disemak dan disahkan Jabatan Mufti Negeri Sabah telah diletakkan di beberapa hentian di Gunung Kinabalu
Perkara ini dapat memudahkah pendaki untuk menunaikan ibadah dan telah menjadi satu inisiatif pengisian program pendakian Gunung Kinabalu.
Dikongsikan di Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), program ini membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan bersama warga agensi berkenaan.
JAKIM telah memaklumkan misi ini telah berjaya membawa kumpulan itu menjejak kaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Cabaran ini berjaya ditempuhi hasil keazaman, ketabahan serta semangat saling menguatkan dalam kalangan peserta dan memberi peluang kepada mereka menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.
"Program itu turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada malim gunung di Taman Kinabalu sebagai penghargaan atas jasa mereka membantu serta menjaga keselamatan pendaki," katanya.

Program bersama komuniti Kampung Mesilou, Kundasang
Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dengan warga agensi agama.
JAKIM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, petugas, malim gunung serta komuniti setempat khususnya di Kg. Mesilou, Kundasang yang telah berganding bahu menjayakan keseluruhan program ini.
Seorang netizen di komen memberitahu dia kini bersyukur dengan tindakan tersebut kerana pernah mengalami kesukaran untuk mencari arah kiblat ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


