Budak 6 Tahun Dari Lembah Klang Mampu Bertutur 17 Bahasa, Siap Pandai Tulis Jawi!
Banyak tu 17 bahasa, wow!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemahiran bertutur lebih dari dua bahasa sememangnya patut dipuji jika seseorang itu menguasainya
Tambahan pula, jika sejak kecil sudah pandai bertutur dalam pelbagai bahasa. Itulah bakat seorang kanak-kanak berusia enam tahun ini apabila dia pandai mengira dan bertutur dalam pelbagai bahasa.
Menurut Sinar Harian, gelagatnya mencuit hati ramai apabila video berdurasi 3 minit 48 saat itu mula menjadi tular selepas ianya kali pertama dimuat naik di akaun TikTok @sarmilakrishna87.
Dari umur dua tahun sudah didedahkan dengan bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa
Menurut bapanya, M Moganasuntharan, 37, anak sulong daripada dua beradik itu dalam proses menguasai 17 bahasa antaranya Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia, Jepun, Sepanyol, Urdu, Tamil, Korea dan Rusia.
"Memang sejak umur Chatriyan dua tahun, dia telah didedahkan dengan bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa.
"Jadi sekarang dia ketagih untuk menulis, mengira dan membaca kerana setiap masa di tangannya mesti ada kertas kosong dan juga pensil," katanya.
Tambahnya lagi, Chatriyan tidak suka bermain dengan peralatan permainan seperti kanak-kanak lain seusianya, sebaliknya dia lebih suka menelaah bahan bacaan dan menulis huruf untuk diingati.
"Kawan rapatnya adalah buku dan alat tulis, memang kami tidak galakkan dia bermain permainan video di telefon bimbit sebaliknya kami dedahkan dengan menonton program pembelajaran seperti ‘Dualinggo ABC’ dan serta menyertai kuiz yang menguji minda.
"Apa yang menakjubkan setiap perkataan dan ayat yang hendak dibina Chatriyan menepati bahasa sebenar," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!