Minah Salleh Masak Spaghetti Sambal Petai Curi Tumpuan Permaisuri Pahang - "Kena Cuba Ni"
Tapi nampak macam sedap juga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila sebut tentang masakan, tiada salahnya jika kita mahu mencuba apa-apa resipi dengan memvariasikan bahan-bahan di dalamnya
Kadang-kadang, mungkin resipi ciptaan sendiri itu menghasilkan rasa yang sedap dan unik. Malah, mungkin ia boleh dijadikan sebagai perniagaan untuk mencari rezeki. Tak salah bukan?
Seperti baru-baru ini apabila seorang minah salleh berkongsi resipinya memasak spaghetti sambal petai telah mencuri tumpuan ramai, termasuklah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menunjukkan caranya memasak spaghetti. Apa yang menarik adalah, ramuan spesial dalam resipi itu ialah ulam kegemaran ramai iaitu petai.
Antara bahan-bahan lain yang digunakan adalah bawang Holland, tomato dan pes sambal. Setelah menumis kesemua bahan, wanita itu meletakkan beberapa biji petai di dalam kuah spaghettinya.
Dia dilihat menikmati spaghetti sambal petai itu dan mengatakan rasanya sangat sedap!
Susulan tularnya video itu, ia telah mendapat perhatian ramai termasuklah Permaisuri Pahang yang turut meninggalkan komen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!