seismik

Kajian Dapati Kelahiran Bayi Semakin Menurun, Ramai Bersalin Pada Umur 30-39 Tahun

Difahamkan, kelahiran bayi lelaki melebihi bayi perempuan.

Cover image via Iluminasi

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kajian mendapati purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit adalah 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku tahun kedua tahun ini

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, kelahiran bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan jumlah 51,759 berbanding 48,973.

"Jumlah kelahiran hidup bagi suku tahun kedua 2024 merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran berbanding 112,197 kelahiran pada suku tahun kedua 2023.

"Nisbah jantina bagi kelahiran hidup adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 (19.2 peratus).

"Manakala, kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan (324 kelahiran: 0.3 peratus)," katanya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Image via Sinar Harian

Difahamkan, wanita berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi

Beliau berkata, ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi iaitu 51,740 (51.4 peratus).

Kemudian, diikuti ibu berumur 20 hingga 29 tahun (41.5 peratus), ibu berumur 40 tahun dan lebih (5.4 peratus ) dan kurang daripada 20 tahun (1.8 peratus).

Etnik Melayu menyumbang 67.4 peratus iaitu 67,859 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2024.

Manakala, kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus pada suku tahun kedua 2023.

Namun begitu, kadar kelahiran dalam Bumiputera Lain meningkat

"Bumiputera Lain meningkat kepada 12.9 peratus. Bumiputera Lain terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak danBumiputera Semenanjung Malaysia lain.

"Bumiputera Sabah menyumbang 57.2 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun(33.8 peratus), Bajau (30.6 peratus), Murut (6.4 peratus) dan Bumiputera Sabah lain (29.2 peratus).

"Sementara itu, Bumiputera Sarawak (32.5 peratus) terdiri daripada Iban (59.3 peratus), Bidayuh (16.7 peratus), Melanau (10.7 peratus) dan Bumiputera Sarawak lain (13.3 peratus)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: