seismik

Rakyat Malaysia 'Spill' Kuih Paling Best Dekat Negeri Diaorang! Favourite Korang Apa Pula?

Kalau min, semua kuih dan dessert min ngap je.

Cover image via Berita Harian , Kelate Ori Blog , Utusan TV

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 dan Hari Malaysia 2024, kami sempat bertanya kepada rakyat Malaysia apa kuih atau makanan 'terpaling' best di setiap negeri dalam negara ini

Jom kita tengok kuih apa yang menjadi pilihan diaorang!

Image via GIPHY

1. "Saya nak claim yang kuih karas (karaih) kuih tradisional Perlis. So kuih karaih!"

Image via Munch Malaysia

"Kuih ni memang addictive bila dah sekali makan. Macam makan fries! Kuih karaih selalunya akan ada bila hari raya. Walaupun jarang beli, tapi dekat mana-mana pun rasanya kuih ni rasa dia tak lari sebab saya rasa bahan dan proses untuk buat dia agak sama.

"Waktu paling best makan karaih ni time pergi beraya. Tuan rumah yang jamu kuih ni memang terbaik baq hang!"

- Nuramin Rashidi, Perlis

2. "Favourite kuih dekat Negeri Sembilan semestinya kuih sopang!"

Image via Utusan TV

"Saya peminat kuih manis, kuih ni sama macam kuih koci atau badak berendam, inti pun kelapa parut, tapi yang unik bentuk dia macam kuih karipap. Biasanya beli dekat Pekan Ahad Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. 

"Selalu time pagi orang jual kuih ni, tapi simpan dalam peti ais untuk makan petang sambil tengok TV atau berkelah dekat sungai Ulu Bendul! Syok!"

- Aziq Sabarudin, Negeri Sembilan

3. "Tak lain tak bukan, favourite sepanjang zaman mestilah kuih akok"

Image via Kelate Ori Blog

"Kuih akok ini ada rasa manis dan bertelur. Akok ni juga sekarang ada pelbagai perisa lain seperti pandan, so boleh rasa keunikan perisa lain juga.

"Kuih akok ni kebiasaannya senang dapat belah pantai timur dan agak jarang ditemui dekat KL. Tapi kalau nasib jumpa tu rezeki. Kalau macam saya selalu beli dekat satu kedai ni, akak tu jual nasi berlauk dan ada jual kuih akok. Waktu tengah tengok TV atau makan dalam cuaca yang sejuk best sebab akok ni lebih enak dimakan masa panas-panas. Baru ngam!"

- Nany Rahman, Kelantan

4. "Saya tetap dengan pendirian saya, kuih dangai paling best kalau dekat Kedah!"

"Kenapa kuih dangai? Mudah ja. Dia sedap! Campuran tepung dan nyoq, dibakar. Sihat la sebab tak goreng. Susah nak jumpa kuih ni so kena pergi pasar pagi atau pasar malam.

"Waktu paling syok makan kuih dangai ni bila buat sarapan pagi atau makan petang-petang dengan teh o panas,"

- Aisyah, Kedah

5. "Kalau pergi Melaka rugi la tak makan kuih keria dekat Batu Berendam"

Image via Che Nom

"Tak Melaka la kalau tak suka makan kuih keria kan. Nak pula yang salut guna sira gula Melaka tu. Saya kurang minat yang salut gula putih. Tapi kena cari yang betul-betul sedap tau! Baru crispy setiap gigitan!

"Port paling best dekat Batu Berendam dengan Pantai Klebang. Kalau bernasib baik jumpa kedai tepi jalan pun sedap! Orang melaka makan time petang, borak sambil makan kuih keria memang layan ler,"

- Najmi Bakri, Melaka

6. "Kami di Sabah panggil kuih tiram atau kuih lidah buaya!"

Image via Cookpad

"Saya peminat makanan crispy, jadi kuih tiram ni memang sentiasa ada di rumah kami. Tak cukup sebalang tambah lagi satu. Bila gigit gula yang saluti kuih tiram tu cair dekat mulut.

"Dulu banyak di pasar, sekarang mana-mana kedai dah ada jual. Di semenanjung pun dah banyak! Rasa dulu bah baru kau tahu itu kesedapan. Setiap masa boleh makan. Berani jamin, kuih ni addicted!"

- Stella, Sabah

7. "Ini bukan kuih, tapi my all time favourite which is Punten"

Image via Suara Merdeka

"Kalau ada yang belum tahu, Punten ni dia macam nasi ngan santan yang dah dibentuk, makan dengan sambal ikan bilis memang onz! Selalu beli dekat pasar malam atau kedai tepi jalan je.

"Buat makan petang or sarapan pagi both sesuai. Lagi satu, bila dah makan Punten ni dia punya kenyang tu macam makan sepinggan nasi. Memang boleh kenyang sampai ke malam,"

- Ellina Chan, Johor

8. "Kuih lejen bagi orang Perak, kuih limeh (limas)! Nampak macam tepung pelita tapi tak sama"

Image via RASA

"Kuih Limas ni kuih lejen bagi orang Perak. Nampak lebih kurang sama dengan kuih tepung pelita, tapi ada sikit perbezaan pada bahan dan cara pembuatannya.

"Bila bahan dan cara pembuatannya berbeza, dah tentu la rasanya pun lain kan. Kuih ni lebih sedap dimakan bila dah sejuk. Nyum nyumm!"

- Rizal Hakim, Perak

Haa, apa kuih favourite orang Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Sarawak pula? Cuba kongsi dengan kami! :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: