Malaysia Sah Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027, Bakal Dianjurkan Di 4 Negeri
Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan Malaysia sudah terima tawaran daripada Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada 2027
Menurut laporan Harian Metro, Unit Komunikasi Korporat KBS berkata keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dalam pengumuman ini, KBS menegaskan penganjuran temasya itu akan membabitkan kerjasama tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersama Kuala Lumpur," katanya.
Difahamkan, negeri berkenaan menunjukkan komitmen mereka dengan bersedia menggunakan peruntukan masing-masing untuk menjayakan penganjuran Sukan SEA 2027
Datuk Seri Anwar berkata kerajaan bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama temasya dwi tahunan itu apabila tiba giliran negara menjadi tuan rumah pada 2027 nanti.
Menurutnya, keupayaan Sarawak untuk menjadikan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebagai antara penganjuran temasya sukan terbaik yang pernah diadakan, membuatkan beliau bersetuju memberikan tanggungjawab sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Sementara itu, Jemaah Menteri turut memberikan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukma Sarawak atas kejayaan mereka mengendalikan temasya berkenaan yang berakhir pada 24 Ogos lalu.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi penganjur bagi Sukan SEA edisi 2001 dengan penganjuran bersama Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan apabila kontinjen negara menjadi pemenang keseluruhan dengan 111 pingat emas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!