seismik

Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol, Menangis Di Kandang Tertuduh

Kesian dekat isteri dia hmm.

Cover image via @sinarharianonline (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, 30 Ogos 2024 kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu

Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu terbabit dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh. Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail yang baru melahirkan anak mereka 16 hari lalu.

Image via Harian Metro

Berikut di bawah adalah kronologi kes berkenaan:

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Da'i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Lihat video di bawah:

@hmetromy

Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. #beritaditiktok #daisyed #mahkamahsesyen #dipenjara

original sound - Harian Metro - Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: