seismik

Lelaki Disyaki Rogol 2 Anak Kini Direman - "Adik Balik Sekolah Nampak Ayah Ratah Kakak"

Sanggup ya rogol anak sendiri demi nafsu serakah.

Cover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki direman tujuh hari kerana disyaki merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya berumur 14 dan 11 tahun sejak awal tahun ini

Menurut laporan Berita Harian, suspek yang berusia 45 tahun itu disyaki merogol anak perempuan berusia 14 tahun di rumah mereka sejak Januari lalu tanpa diketahui ahli keluarga yang lain termasuk isterinya sendiri.

Namun begitu, adik mangsa yang berumur 11 tahun dikatakan ternampak suspek sedang merogol kakaknya itu melalui tingkap rumah mereka ketika pulang dari sekolah.

Mangsa yang menyedari kepulangan adiknya itu segera meminta tolong sebelum suspek didakwa bertindak memakai semula seluar. Difahamkan ketika kejadian, ibu mereka tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit di bandar Batu Pahat, Johor.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Rupa-rupanya, si adik juga pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal bapanya

Mangsa kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang pulang ke rumah pada petang 28 Ogos. Sejurus itu, ibunya membawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sebelum hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan telah dirogol.

Wanita itu kemudian membawa anaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 10 malam pada hari yang sama.

Sementara itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Malah, adik mangsa berumur 11 tahun mendakwa bahawa dirinya juga pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh bapa kandung mereka itu.

Image via Harian Metro

Kes rogol disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes amang seksual fizikal pula, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang juga memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: