Chef Zam Berang Restoran Famous Dalam Mall Jual Nasi Lemak Kosong, Nak Sambal Kena Add On
"Jangan cuba menipu duit customer!" - Chef Zam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, cef terkenal, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam naik angin selepas mendakwa kedai makan di sebuah pusat beli-belah menjual nasi lemak dengan harga yang tidak berbaloi
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Chef Zam meluahkan rasa kesalnya apabila jumlah harga set nasi lemak bersama rendang ayam dan juga air teh ais yang dibelinya mencecah sehingga RM17.90.
Chef Zam yang tidak berpuas hati dengan harga tersebut kemudian menunjukkan kuantiti sepinggan rendang ayam yang kelihatan sangat sedikit. Malah, nasi lemak yang dibeli juga kosong tanpa sambal di dalamnya.
"Jangan cuba menipu duit customers boleh? Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!
"They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?," katanya.
Cekik darah betul ya. Kot ya pun nak caj mahal, sepatutnya nasi lemak memang kena ada sambal sekali :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!