seismik

Tular 'Batman' Di Johor Kena Tangkap, Ini Penjelasan Individu Di Sebalik Maskot Superhero

Batman Malaysia nafi ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan.

Cover image via @batmanmalaysia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan anggota polis menangkap 'Batman' di Johor telah mendapat lebih 10 juta tontonan di Facebook dan TikTok

Menerusi satu temu bual dengan SAYS, individu yang dikenali sebagai Batman Malaysia itu enggan mendedahkan nama atau pekerjaannya.

Dia hanya menjelaskan bahawa dia adalah seorang penghibur berpakaian seperti Batman yang diupah di acara seperti majlis sekolah dan lain-lain.

Dalam video tular berdurasi 13 saat itu, kelihatan Batman Malaysia digari sambil seorang anggota polis mengiringinya ke dalam kereta polis.

Ketika ditanya mengenai jenayah apa yang dilakukannya sehingga ditangkap di sebuah sekolah di Muar, Batman Malaysia berkata itu hanyalah antara babak dalam kontennya saja.

"Saya telah dijemput oleh pengetua sekolah tersebut iaitu cikgu Muhammad Zaki untuk membuat persembahan perasmian pesta ulang tahun ke-100 SK Parit Bunga.

"Polis berada di sana atas jemputan bagi memeriahkan pesta sekolah," katanya.

Dia juga menafikan ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan. Ia susulan khabar angin yang tersebar selepas video itu tular sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan macam-macam respon gurauan

Lah, macam itu rupanya cerita dia. Admin pun ingat kena tangkap betul-betul tadi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: