seismik

ABIM Sahkan Lelaki Yang Hampir Jatuh Di Kejadian Tanah Jerlus Masjid India Peluk Islam

Masya-Allah, hebatnya kuasa Allah SWT.

Cover image via @fulananah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan berita mengenai lelaki India hampir jatuh ketika kejadian tanah runtuh di Masjid India kini telah memeluk Islam

Menerusi sebuah gambar yang tular di media sosial susulan insiden tanah jerlus itu, difahamkan lelaki terbabit yang didakwa bernama Haridath dan merupakan warganegara Malaysia kemudian mengunjungi pejabat ABIM di Masjid Negara.

"Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu. Masya-Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan dua orang kawannya.

"Beliau bernama Haridath, seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia. Beliaulah pemuda di dalam video tular yang terselamat daripada ditelan tanah jerlus itu.

"Sebaik sahaja terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah SWT dan Allah SWT telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin," tulisnya.

Kenyataan yang tidak ada nama sumber itu mendakwa pengislaman Haridath dilakukan dalam Bahasa Inggeris

Lelaki berkenaan yang berumur 48 tahun dan masih bujang dikatakan terharu selepas memeluk agama Islam.

"Masya-Allah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah swt campakkan kepada beliau serta merta. Dia telah memilih nama barunya Harizan. Berumur 48 tahun. Still single.

"Ibu bapa sudah meninggal. Dia betul-betul terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucap syahadah, berlinang air mata.

"Marilah sama-sama berdoa supaya Allah terus memberikan taufik hidayah supaya dia terus dapat meningkatkan ilmu agama Islamnya dan diberi iman untuk dia terus beramal mencari keredhaan Allah SWT," katanya lagi.

Terdahulu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun bernama Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: