seismik

Lagi Kes Tanah Mendap Di Masjid India, DBKL Tutup Guna Tali Keselamatan & Penghadang Air

Difahamkan, kejadian tanah mendap terbabit berlaku kira-kira jam 2.30 pagi berdekatan Pondok Polis Masjid India.

Cover image via Sinar Harian & Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sejak semalam, satu lagi kawasan tanah mendap difahamkan telah dikesan berdekatan sebuah jalan Masjid India pada malam Rabu, 28 Ogos

Menurut laporan Sinar Harian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menutup kawasan terbabit menggunakan tali keselamatan dan penghadang air.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, kejadian tanah mendap itu dikesan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi berdekatan Pondok Polis Masjid India.

"Sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air.

"Tindakan segera diambil oleh DBKL dengan penglibatan Indah Water Konsortium (IWK) yang kini menjalankan pemeriksaan paip kumbahan di lokasi tersebut serta di kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada kerosakan lanjut," katanya.

Image via Sinar Harian

Menurut beliau, DBKL akan terus bekerjasama erat dengan Indah Water Konsortium serta agensi-agensi lain untuk memastikan tindakan susulan yang berterusan dilaksanakan

"DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam," katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan satu lagi lubang dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus dekat Jalan Masjid India di sini pada Rabu.

Sementara itu, alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah terus digunakan pada hari keenam untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: