seismik

Restoran Minta Orang Ramai Cari Pelanggan Terbayar RM2,660 Untuk Makanan Berharga RM26.60

Alamak, banyak sangat terlebih tu.

Cover image via @botaknasilemak (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran nasi lemak di Petaling Jaya baru-baru ini telah meminta orang ramai untuk mencari pelanggan mereka yang dipercayai terbayar lebih harga makanan

Menerusi posting yang dikongsi di akaun Instagram @botaknasilemak, kelihatan restoran itu memuat naik gambar pelanggan berkenaan yang diambil melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Difahamkan, pelanggan tersebut tersilap membuat pembayaran melalui kod QR. Harga makanan mereka sebenarnya adalah RM26.60, tetapi pelanggan itu membayar sebanyak RM2,660.

Hasil bantuan kuasa viral, akhirnya duit itu sudah berjaya dipulangkan kepada pelanggan mereka

"Duit sudah dikembalikan kepada owner. Thank you semua," katanya.

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap jujur restoran berkenaan yang tidak menutup sebelah mata walaupun pelanggan tersilap bayar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: