Pemuda Terkejut Mak Datang Tengok Main Snuker - "Bawa Hanger Tu Saja Je Jadi Batu Api"
Alamak, lari!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lumrah bagi golongan remaja suka keluar melepak bersama kawan-kawan sehingga tengah malam
Kadangkala, ada yang seronok melepak sehingga tidak ingat untuk pulang ke rumah. Ibu bapa pula sudah semestinya risau akan keselamatan anak-anak.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang mak cik bertindak pergi ke pusat snooker tempat anaknya melepak untuk memanggilnya balik ke rumah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hairiedaniel27, kelihatan mak cik itu masuk ke pusat snooker berkenaan bersama seorang lagi anaknya yang sedang merakam video.
Apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja anaknya menyedari akan kehadiran si ibu, dia tersipu malu dan ketawa ketakutan.
Lebih melucukan, abangnya sengaja menjadi batu api siap bawa hanger dan memberikan kepada ibu mereka.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mak cik itu dan anaknya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!