Ayah Bakar Motosikal Anak Sebab Suka 'Merempit' Waktu Malam - "Aku Dah Hilang Sabar"
Mungkin ayah dia dah nasihat banyak kali tapi anak tu tetap degil.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi kebiasaan bagi anak muda mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar keluar pada waktu malam dan melepak bersama kawan-kawan sehingga lupa untuk pulang ke rumah.
Ibu ayah mana yang tidak risaukan keselamatan dan nyawa anak-anak bukan? Apatah lagi jika sudah ditegur dan nasihat berkali-kali tetapi tetap tidak jalan.
Baru-baru ini, seorang lelaki bertindak membakar motosikal anaknya gara-gara terlalu geram dengan sikap degil anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kajolmarey01, kelihatan lelaki itu membakar motosikal anak lelakinya sambil meluahkan rasa amarah dan geram.
"Tak payah ada motor lagi senang. Ada motor, jadi hantu jadi setan kau. Buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak, mak bapak kau dah cakap macam-macam dengan kau, cakap elok-elok tapi kau tak faham, ini ubat dia.
"Sebelum kau mampus dekat tangan orang lain, dekat jalan raya, kau mati, lebih baik aku bakar je. Ni punca-punca," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!