Tular Video Individu Teruja Pertama Kali Dapat Jumpa Ikan Paus Di Pulau Redang
Excited abang tu jumpa ikan paus depan mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman daripada seorang lelaki memaparkan seekor ikan paus ditemui di Pulau Redang telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @akihiro_san28, difahamkan kejadian tersebut dirakam pada 14 September lalu.
Kelihatan ikan paus berwarna hitam itu dijumpai di tengah-tengah laut dipercayai di Pulau Redang, Kuala Terengganu.
Menurut Pensyarah Program Biologi Marin dan Penyelidik Bersekutu di Universiti Malaysia Terengganu iaitu Dr Maizah Mohd Abdullah, penemuan tersebut penting kerana ikan paus seperti itu tidak pernah dijumpai di kawasan berkenaan sebelum ini.
"Spesies ini boleh ditemui di perairan dalam di seluruh dunia, tetapi populasi yang paling hampir dengan perairan Malaysia ialah kawasan Pasifik Utara Barat," katanya.
Sementara itu, netizen turut memberikan respon masing-masing selepas melihat video tersebut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!