Pasar Raya Di Putrajaya Perkenal Troli Canggih, Tak Perlu Beratur Panjang Untuk Bayar!
Lepas ini makin kuranglah tenaga kerja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, antara perkara yang boleh membuatkan pelanggan 'turn off' apabila berkunjung ke pasar raya adalah perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran
Tambahan pula bila musim perayaan atau setiap kali hujung minggu. Pasti penat beratur panjang bukan? Walaupun sudah ada kaunter yang menyediakan khidmat pembayaran secara sendiri, ia tetap mengambil masa lama untuk menyelesaikan urusan.
Namun, sebuah pasar raya di Putrajaya ini memperkenalkan perkhidmatan yang sangat memudahkan pelanggan iaitu troli canggih.
Tak perlu beratur panjang, ambil barang terus scan dan bayar
Menerusi perkongsian video daripada @halalxplorer.my di TikTok, pasar raya Redtick itu menggunakan konsep 'Scan, Drop dan Pay'.
Pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter cashier, di mana mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera, kemudian membuat pembayaran terus di troli tersebut. Wow, sangat memudahkan!
Bukan itu saja, dengan adanya teknologi canggih seperti ini, ia juga dapat menjimatkan masa pelanggan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!