seismik

Rumah Dibom Zionis, Lelaki Hilang Anak Kembar & Isteri Selepas Daftar Surat Beranak

Allahuakbar, sedihnya tengok dia meraung tu.

Cover image via @Marchfoward (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki di Gaza tidak dapat menahan sedih dan meraung apabila kehilangan anak kembar yang baru berusia empat hari bersama isteri dan ibunya

Menurut sumber, lelaki yang bernama Mohammed Abu Al Qusman itu baru sahaja mendapat anak kembar lelaki iaitu Asser dan Aysel.

Selepas empat hari kelahiran dua anaknya tersebut, dia segera menyelesaikan pendaftaran surat beranak mereka.

Namun, alangkah sedihnya bapa tersebut sebaik saja mendapati rumahnya dibom oleh zionis Israel ketika dalam perjalanan pulang.

Dia turut kehilangan isteri dan ibu tercinta

Rumahnya yang dibom oleh Israel menyebabkan kedua-dua anaknya syahid bersama isteri dan juga ibunya di Deir Al Balah Gaza.

Ketika mengetahui berita itu, lelaki tersebut masih memegang surat beranak yang baru didaftarkannya. Dia turut menjadi imam untuk solat jenazah bagi kedua-dua anaknya.

Lihat ciapan di bawah:

Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga anak-anak, isteri dan ibunya ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: