Lelaki Palestin Titip Nama Malaysia Dalam Surat Wasiatnya Sebelum Mati Syahid
Maafkan kami.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Palestin telah menulis sepucuk surat wasiat pada 25 Mac 2024 yang ditujukan buat saudara Islam di beberapa buah negara termasuk Malaysia
Menerusi perkongsian gambar surat yang dimuat naik oleh @faisalazizfa di laman aplikasi X, lelaki berkenaan menulis pesanan sebelum dirinya syahid di medan perang.
"Wasiat ku kepada mu: Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, Aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.
"Kami telah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan. Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu," tulisnya.
Sempat pesan supaya jangan lupakan Gaza
"Mesej ku kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia & Malaysia:
"Aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza. Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza.
"Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.
"Sesiapa yang menjumpai mesej ini, aku mohon sebarkan.
"Aku adalah seorang syahid, Insya-Allah, Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini," tulisnya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!