Musim Tengkujuh Sudah Tiba, Ini 4 Jenis Banjir & Punca Anda Perlu Ambil Tahu

Buat persediaan awal!

Cover ImageCover image via NSTP & NSTP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Monsun Timur Laut yang kini sudah bermula menandakan musim hujan berterusan akan berjalan sehingga mampu meningkatkan risiko banjir

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), musim tengkujuh ini akan bermula 27 Oktober ini dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

Fenomena ini mampu meningkatkan risiko berlakunya bencana banjir yang dikenal pasti mempunyai empat jenis yang berbeza.

Banjir boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:

  • Hujan Ekstrem
  • Pertambahan kadar air
  • Kesan air pasang
  • Sistem saliran tidak mencukupi
  • Kawasan rendah
  • Kurang penyelenggaraan
  • Halangan dalam sungai
  • Pembangunan tanah

SAYS.com
Image via Harian Metro

Berikut empat jenis banjir dan penerangannya:

1. Banjir Monsun

Banjir ini berlaku akibat dan berterusan lebih dari enam jam pada musim monsun timur laut.

Antara petunjuk yang boleh dilihat adalah kehadiran lumpur, air yang lambat surut dan aras air menjadi tinggi.

SAYS.com
Image via Sabah Media

2. Banjir Kilat

Banjir yang berlaku dan surut dalam tempoh kurang daripada enam jam disebabkan hujan yang bersifat setempat.

Antara petunjuk yang boleh diperhatikan adalah banjir cepat reda dan surut secara mendadak.

SAYS.com
Image via Info Kemalangan & Bencana Malaysia

3. Banjir Pantai

Banjir jenis ini berlaku akibat hujan yang tinggi dan kenaikan air laut semasa air pasang serta melebihi tebing sungai.

Petunjuk jelas yang dapat diperhatikan adalah air laut pasang tinggi.

SAYS.com
Image via Kosmo!

4. Banjir Cenang

Banjir yang jarang didengari ini merupakan banjir monsun atau kilat yang pasang surut di kawasan rendah di mana air tidak dapat mengalir keluar dan bertakung untuk tempoh yang lama.

Petunjuk yang boleh dilihat bagi banjir jenis ini adalah kehadiran lumpur, lambat surut dan aras air sungai tinggi.

SAYS.com
Image via SUHAEL ADNAN

Orang ramai diingatkan untuk melakukan persediaan awal

NADMA memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak tunggu sehingga bencana berlaku tanpa melakukan persediaan.

"Kenali risiko di kawasan anda, peka terhadap amaran cuaca dan sentiasa bersedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027. Utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa," kata NADMA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS