[VIDEO] Keluarga Di Palestin Ini Hanya Makan Kaktus Untuk Elak Kebuluran
Allahuakbar, kesiannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seluruh dunia tahu, keadaan rakyat Palestin kini semakin sengsara dan masih diserang tanpa henti oleh tentera Zionis
Terbaru, tentera Israel dengan sengaja membakar trak-trak yang menghantar bantuan makanan dan keperluan asas kepada Gaza. Sesungguhnya, perbuatan mereka tersangat kejam.
Tular pula sebuah video di laman apikasi X memaparkan sebuah keluarga di Palestin yang terpaksa makan pokok kaktus demi kelangsungan hidup agar tidak kebuluran.
Anak-anak kecil sepatutnya minum susu, tapi terpaksa kunyah kaktus sebab dah tak ada sumber makanan
Menerusi perkongsian video daripada @ahmadhaaris1435, kelihatan keluarga tersebut menunjukkan cara mereka mengelak dari kebuluran dengan hanya memakan pokok kaktus.
Lebih menyedihkan, anaknya yang masih kecil sepatutnya minum susu pun terpaksa mengunyah pokok kaktus itu kerana makanan sangat sukar untuk didapati di kawasan mereka berlindung.
"Jadi kami menggunakan jalan terakhir, iaitu kaktus. Malah, kami makan dengan durinya sekali. Kami juga memberi makan kaktus ini kepada anak-anak kecil, bukannya susu, daging ataupun telur," katanya.
Tak sanggup nak tengok, sedih dengan nasib mereka. Semoga rakyat Palestin sentiasa dilindungi Allah SWT!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!