seismik

Lelaki Dedah Pengalaman Tidur 4 Hari Dalam Lokap & Kena Penjara Sebab Keluar Tak Bawa IC

Malang tak berbau.

Cover image via @thejokercho (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kad pengenalan atau IC adalah dokumen peribadi yang sangat penting dan perlu bawa ke mana saja kita pergi untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku

Tahukah anda, kad pengenalan yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Pihak polis juga berhak menangkap individu yang gagal mengemukakan IC semasa diperiksa atau ditahan.

Namun, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia ditahan polis gara-gara tidak membawa IC ketika keluar berjalan.

Menerusi video berdurasi 5 minit 33 saat yang dimuat naik, lelaki itu berkongsi pengalaman silamnya ditangkap di tempat awam kerana tidak membawa IC bersama.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Klang ketika dia berumur 16 tahun. Difahamkan, dia kehilangan IC dan diberikan kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas.

Namun, disebabkan risau kertas tersebut akan basah dan semakin buruk, dia membuat keputusan untuk menyimpan IC sementara itu di rumah saja.

Nasib tidak menyebelahinya apabila pada hari kejadian, sekumpulan warga asing ditahan oleh anggota polis ketika dia berada di sana. Kebetulan pula, secara tiba-tiba dia juga diminta untuk ke tepi bagi tujuan pemeriksaan sebelum menyedari dia tidak membawa IC sementaranya.

Kena gari dengan tahanan lain dan ditahan dalam lokap selama empat hari

Akhirnya, dia telah ditahan di lokap selama empat hari sebelum dibicarakan di mahkamah serta dijatuhi hukuman penjara selama satu hari. Semasa berada di penjara mahkamah, lelaki itu berkata tempoh empat jam menunggu dirasakan seperti empat tahun lamanya.

"Ada polis minta IC, masa tu aku tak bawa IC. Tak banyak cerita, aku kena gari. Member aku lepas sebab dia ada IC. Aku pesan suruh dia beritahu bapa aku. Naik trak ramai-ramai pergi balai polis. Masuk tiba-tiba ada orang kenal, orang kampung kat situ. Dia jaga aku dalam itu selama empat hari.

"Aku cakap tuan hakim saya janji saya tak buat lagi dan akan bawa IC pergi mana-mana. Hakim ketuk tukul, dia kata penjara sehari. Orang sebelah pula kata jangan risau sebab sehari penjara tu duduk penjara mahkamah je," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: