Selit Video Palestin Dalam Content Make Up, Netizen Label Anas Zahrin Cuba 'Tunggang' Isu?
"Apa ni?" - Netizen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Blockout 2024 Movement semakin giat dijalankan oleh netizen Malaysia terutama kepada artis dan pempengaruh yang dilihat masih menyokong produk Israel serta tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin
Namun begitu, beberapa artis dan pempengaruh dilihat memberikan respon terhadap isu Blockout 2024 Movement ini antaranya Daiyan Trisha, Mira Filzah, Nadhir Nasar dan Dahlia Rizal.
Mereka telah pun menjelaskan situasi masing-masing dan meminta maaf kepada orang ramai sekiranya tindakan mereka mengguris hati banyak pihak atau dianggap tidak cakna dengan isu Palestin.
Terbaru, tular pula di laman aplikasi X mengenai usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin yang dikatakan menunggang isu Palestin gara-gara dia memuat naik video make up di akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, Anas dilihat mengenakan SFX make up yang menunjukkan darah di muka dan diselangi dengan beberapa klip suasana peperangan di Palestin.
Walaupun niat Anas pada awalnya ingin menunjukkan solidariti, tetapi tindakannya itu membuatkan ramai yang tidak setuju dan merasakan konteks dalam video berkenaan sukar untuk difahami dengan jelas.
Malah, ada juga yang berkata tindakan pempengaruh itu seakan mengejek nasib rakyat Palestin yang kini sangat sengsara.
"Nak guna populariti atau pengaruh untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu Palestin ni boleh, tapi janganlah sampai tunggang isu tu untuk naikkan populariti sendiri" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, netizen di laman X turut memberikan pelbagai respon kepada tindakan Anas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!