seismik

Restoran Uncle Roger Di Pavilion Terpaksa 'Ditutup' Gara-Gara IShowSpeed Diserbu Peminat

Hebat betul ya penangan dia.

Cover image via @FearedBuck (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, selebriti internet dan streamer Amerika Syarikat iaitu IShowSpeed atau nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. datang ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya

Kedatangannya ke Malaysia telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat dengan insiden terbaru berlaku ketika dia singgah ke restoran terkenal milik Uncle Roger di Pavilion, Kuala Lumpur.

Disebabkan itu, pihak pengurusan restoran berkenaan terpaksa menutup pintu kerana IShowSpeed diserbu para peminatnya sehingga keadaan jadi tidak terkawal.

Image via @FearedBuck (X)
Image via @FearedBuck (X)

Difahamkan, pekerja Restoran Uncle Roger turut meluahkan rasa kesal kerana pelanggan di kedai tersebut tidak dapat menikmati makanan mereka disebabkan kekecohan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang IShowSpeed berada di dalam restoran berkenaan.

Dalam pada itu, segelintir netizen terkejut dengan penangan IShowSpeed kepada golongan remaja dan kanak-kanak di Malaysia

Untuk info, IShowSpeed merupakan personaliti internet Amerika Syarikat dan penstrim dalam talian yang baru berusia 19 tahun

Dia terkenal dengan tingkah laku dramatik dan teruja dalam pelbagai strim langsung, terutama sekali apabila bermain permainan video.

Pada tahun 2022, IShowSpeed ​​mula beralih ke konten yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

Selebriti internet dari Amerika Syarikat itu berkunjung ke Malaysia dalam jelajah Asia Tenggaranya.

Image via @FearedBuck (X)

Tonton video penuh di bawah:

@mrnigelng

IShowSpeed came to eat at the restaurant - Fry rice 9/10 Backflip 10/10 @IShowSpeed

original sound - Nigel Ng (Uncle Roger)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: