seismik

Diajar Meliwat & Diliwat, Polis Serbu Rumah Amal GISB Selamatkan 402 Kanak-Kanak

Difahamkan, 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam satu Op Global, semalam

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berjumlah 201 orang.

Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

"Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun," katanya.

Image via Harian Metro

Kanak-kanak diajar dan dipaksa untuk meliwat sesama sendiri

Difahamkan, polis mengesyaki bahawa Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

"Modus operandi GISBH ini berdasarkan risikan dan kenyataan mangsa mendapati, mangsa ini diajar, dididik untuk meliwat seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain, ini daripada risikan serta percakapan yang kita rakam.

"Mangsa yang tidak sihat, tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal.

"Pada masa sama, sentimen agama digunakan untuk menarik simpati dan juga mendapat sumbangan daripada luar," katanya.

Malah, kanak-kanak juga didera menggunakan objek seperti sudu yang panas sebagai bentuk hukuman sekiranya mereka melakukan kesilapan.

"Polis juga sudah membuka empat kertas siasatan dan satu daripadanya kita mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk melaksanakan pertuduhan.

"Pertuduhan atas satu kertas siasatan ini adalah mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan lain-lain siasatan yang sudah dibuka mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Mencabul Kehormatan) dan beberapa seksyen lain," katanya lagi.

Antara bentuk penderaan yang dilakukan di rumah kebajikan adalah bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual.

Image via Harian Metro

Kegiatan penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa Rabu lalu di Seremban, Negeri Sembilan.

Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: