Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gadis Dedah Pengalaman Terkurung Di Bawah Bas Masa Ambil Beg - "Kaki Terseret Dekat Jalan"

Macam mana driver boleh tak perasan, kesiannya.

Cover image via @shafiyyah_nurul (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi pengalaman pahitnya semasa menaiki bas dari Johor Bahru ke Shah Alam

Menurut perkongsian daripada @shafiyyah_nurul di laman aplikasi X, gadis itu menceritakan pada 2 Jun lalu, sebaik saja dia tiba di Shah Alam, dia pergi ke tempat letak beg di bahagian bawah bas.

Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila pintu bas tertutup semasa dia masih di dalam dan kakinya tersepit di pintu tanpa pemandu bas sedari.

Image via @shafiyyah_nurul (X)

"Waktu dah sampai Shah Alam saya nak ambik beg dalam dalam tempat luggage bawah bas. Lepas tu tiba-tiba pintu tertutup dan saya masih di dalam tapi kaki di luar.

"Bayangkan lepas dia tutup pintu tu, bas terus jalan. Kaki dah tentunya terseret dekat Jalan Tar. Jerit mintak tolong tapi tak ada yang dengar. Just imagine macam mana I terseksa kat bawah tu betis tersangkut pintu. Jari kaki dah bergesel dengan jalan raya," katanya.

Image via @shafiyyah_nurul (X)

Image via @shafiyyah_nurul (X)

Difahamkan, gadis itu telah membuat laporan polis susulan insiden tersebut

Pemandu bas tersebut telah membawa gadis itu mendapatkan rawatan di klinik setelah menyedari dia tersepit di pintu penyimpanan barang.

Image via @shafiyyah_nurul (X)

Lihat ciapan penuh di bawah:

Tak pasal-pasal je cedera kaki. Hmm semoga cepat sembuh kak!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment