Hampir Sebaya Bakal Mentua & Tunang Pula Beza 20 Tahun, Lelaki 'Baby Face' Raih Perhatian
Wow, awet muda betul.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, jodoh adalah rahsia dan ketentuan Allah SWT
Siapa pun pasangan hidup kita, pastinya mereka adalah yang terbaik tidak kiralah sebaya atau lebih berusia.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok mengenai seorang lelaki yang berkahwin dengan gadis 20 tahun lebih muda darinya.
Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila jarak umurnya dengan bakal ayah mentua cuma lima tahun saja.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan bergambar bersama bakal ayah mentuanya. Difahamkan, dia berumur 39 tahun, manakala ayah mentuanya pula berumur 44 tahun.
Bakal isterinya pula baru berumur 19 tahun. Namun, muka lelaki itu tidak nampak tua dan ada netizen yang menggelarnya 'baby face'.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!