seismik

Influencer Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis, Caprice Dedah Mesej Si Mangsa Dengan Suspek

Difahamkan, suspek adalah seorang pempengaruk islamik.

Cover image via Google & @capricedaddycap (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh terkenal ditahan polis selepas disyaki menunjukkan kemaluan dan berkata lucah kepada seorang wanita menerusi panggilan video

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 27 tahun terbabit telah ditahan pada 2.25 petang semalam, 30 Mei 2024 bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada 4.50 petang, 17 Mei lalu.

"Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.

"Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.

"Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis," katanya.

Suspek ditahan petang semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam keterangannya

Siasatan pihak polis juga mendapati suspek dan pengadu pernah berjumpa sebelum ini.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tambahnya, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baru dikenali.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, penyanyi rap, Caprice tampil mendedahkan bukti mesej suspek bersama mangsa di akaun Instagramnya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: