seismik

Polis 'Hilang' Senjata Api Semasa Berhenti Buang Air Lepas Buat Rondaan Di Taiping

Difahamkan, senjata api itu adalah jenis Revolver .38 Smith dan Wesson.

Cover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang konstabel polis dipercayai kehilangan pistol selepas meninggalkannya di but kereta peronda ketika berhenti untuk membuang air

Menurut laporan New Straits Times, kejadian tersebut berlaku ketika Konstabel Zulkifle membuat rondaan bersama Konstabel Thiren di zon Taiping/Changkat Jering.

Difahamkan, mereka telah memberhentikan kereta di tepi jalan untuk berehat sebentar kira-kira jam 2.35 petang pada Isnin lalu.

Zulkifle kemudian pergi ke belakang kereta dan meletakkan senjata apinya, revolver .38 Smith dan Wesson, di atas but kereta.

Selepas membuang air, dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu sambil meronda kawasan itu tanpa senjata api.

Sedar pistol hilang apabila tiba di ibu pejabat polis Taiping

Dia hanya menyedari pistol miliknya hilang apabila kedua-duanya tiba di ibu pejabat polis Taiping pada jam 2.45 petang.

Kira-kira jam 3.05 petang, kedua-dua konstabel cuba mencari pistol Zulkifle dengan memandu pulang ke kawasan itu. Namun, mereka gagal menemuinya.

Ketua polis Taiping mengarahkan semua anggota memandu ke lokasi sama untuk membantu mengesan senjata api yang hilang itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: