seismik

Cikgu Sebak Tengok Reaksi Budak Kelas Belakang Ambil Slip SPM, Tak Sangka Keputusan Gempak

Tahniah dik!

Cover image via @cikgunayli (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam merupakan hari bersejarah buat pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 kerana mereka datang ke sekolah untuk ambil keputusan masing-masing

Difahamkan, seramai 11,713 pelajar berjaya mendapat straight A kali ini. Tahniah diucapkan! Tidak kurang juga, ada yang sedih kerana tidak dapat mencapai 'target' dan kecewa dengan keputusan yang kurang cemerlang.

Namun begitu, sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelajar lelaki kelas 'belakang' berjaya membuktikan keputusannya yang cemerlang telah mendapat perhatian ramai.

Tak sangka dapat keputusan yang membanggakan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikgunayli, kelihatan pelajarnya itu sedang berdebar menanti keputusan SPM di dewan sekolah.

Apa yang membuatkan pelajar lelaki itu terkejut adalah sebaik saja melihat slip SPM, dia terus bangun dan memeluk beberapa orang rakannya di situ.

Dia juga dilihat memeluk seorang wanita yang dipercayai ibunya. Menurut Cikgu Nayli, pelajar kelas belakang juga berpeluang untuk berjaya jika mereka rajin berusaha. 

"Apa yang orang luar kata tidak akan menentukan masa depan kita. Tapi diri kita yang perlu usaha untuk berjaya," katanya.

Lihat video di bawah:

@cikgunayli

Tahniah @jankebukan_ ! Result gempak daripada yang disangka. Moga maju jaya akan datang #keputusanspm #spm2023 #cikgunayli #buatdulubarutahu

original sound - Cikgu Nayli | Tutor Matematik - Cikgu Nayli | Tutor Matematik

Tiada apa yang mustahil. Kalau usaha pasti berjaya. Tahniah dik! Semoga maju jaya :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: